Tuesday, July 15, 2008

Kerugian yang dihadapi pada bulan Julai

Pada hari jumaat yang lalu , saya ada mata pelajaran kemahiran hidup. Tiba -tiba kayu kepunyaan saya telah hilang . Kayu saya hilang semasa mata pelajaran bahasa inggeris . Saya telah mencari seluruh kelas saya tetapi tidak dapat menjumpainya. Saya berasa amat sedih.

Semasa kemahiran hidup , saya telah membuat lakaran dan memotong kayu - kayu yang lain. Nasib baik saya , saya mempunyai kayu yang boleh diubahsuai dan boleh guna. Saya telah menolong rakan saya yang bernama Ahmad Farhan untuk memaku kayunya..

Hari yang sama , pada permulaan sekolah saya dikehendaki menjaga stor penyapu. Semasa melaksanakan tugas saya , saya telah jatuh terkena paip. Cermin mata saya jatuh dan skrunya patah..

No comments: