Friday, July 25, 2008

Minggu Gerkorama

Saya telah menyertai pertandingan bola tampar. Sebenarnya saya tidak tahu main bola tampar tetapi saya main untuk semua perlawanan . Kedudukannya perlu tukar setiap kali gagal mendapat mata.

Pertandingan ini adalah antara rumah sukan .Perlawanan pertama saya adalah dengan rumah kuning . Charles (XD) konon bermain untuk rumah kuning dan ia merupakan perlawanan yang sengit. Charles telah membuat banyak kesalahan. Kami pun menang.

Perlawanan yang kedua adalah dengan rumah ungu tetapi mereka tarik diri.
Seterusnya dengan rumah hijau. Kami menang set pertama tetapi kalah dalam set yang kedua dan ketiga.Kami dikehendaki menang perlawanan dengan rumah merah dan kami menang .
Sekarang kami dalam perlawanan akhir dengan rumah hijau pada hari Sabtu

Tuesday, July 15, 2008

Kerugian yang dihadapi pada bulan Julai

Pada hari jumaat yang lalu , saya ada mata pelajaran kemahiran hidup. Tiba -tiba kayu kepunyaan saya telah hilang . Kayu saya hilang semasa mata pelajaran bahasa inggeris . Saya telah mencari seluruh kelas saya tetapi tidak dapat menjumpainya. Saya berasa amat sedih.

Semasa kemahiran hidup , saya telah membuat lakaran dan memotong kayu - kayu yang lain. Nasib baik saya , saya mempunyai kayu yang boleh diubahsuai dan boleh guna. Saya telah menolong rakan saya yang bernama Ahmad Farhan untuk memaku kayunya..

Hari yang sama , pada permulaan sekolah saya dikehendaki menjaga stor penyapu. Semasa melaksanakan tugas saya , saya telah jatuh terkena paip. Cermin mata saya jatuh dan skrunya patah..

Friday, July 11, 2008

Teka-Teki

Cuba jawab teka-teki yang berikut:

Pada suatu hari, seekor tikus dengan seekor gajah menunggang motorsikal ke hutan . Tiba-tiba sebuah kereta telah melanggar motor tersebut.Gajah cedera parah tetapi tikus tidak cedera walaupun sedikit . Kenapa?
Jawapan perlu diberi kepada Logeswaran 2 gigih(ACS)....

Tuesday, July 1, 2008

Penukaran Kelas

Kenakalan pelajar 2 Gigih telah menyebabkan kelas 2 Gigih ditukar ke tingkat yang hampir dengan bilik guru. Jothi lebih suka di sini kerana rakan-rakan dia lebih hampir dengannya.
Pelajar - pelajar lain terutamanya pelajar cina .

Pada hari ini, iaitu 01/07/08 permulaan Jun yang agak bosan bukan kerana pelajaran tetapi ketidak hadiran Saillesh telah memberi peluang untuk Iskandar duduk bersebelahan saya. Saya hanya menjaga kelas 1 Jujur kerana pengawas percubaan telah mengambil alih tugas saya iaitu stor penyapu yang melebihi satu saya menjaga.