Friday, July 25, 2008

Minggu Gerkorama

Saya telah menyertai pertandingan bola tampar. Sebenarnya saya tidak tahu main bola tampar tetapi saya main untuk semua perlawanan . Kedudukannya perlu tukar setiap kali gagal mendapat mata.

Pertandingan ini adalah antara rumah sukan .Perlawanan pertama saya adalah dengan rumah kuning . Charles (XD) konon bermain untuk rumah kuning dan ia merupakan perlawanan yang sengit. Charles telah membuat banyak kesalahan. Kami pun menang.

Perlawanan yang kedua adalah dengan rumah ungu tetapi mereka tarik diri.
Seterusnya dengan rumah hijau. Kami menang set pertama tetapi kalah dalam set yang kedua dan ketiga.Kami dikehendaki menang perlawanan dengan rumah merah dan kami menang .
Sekarang kami dalam perlawanan akhir dengan rumah hijau pada hari Sabtu

Tuesday, July 15, 2008

Kerugian yang dihadapi pada bulan Julai

Pada hari jumaat yang lalu , saya ada mata pelajaran kemahiran hidup. Tiba -tiba kayu kepunyaan saya telah hilang . Kayu saya hilang semasa mata pelajaran bahasa inggeris . Saya telah mencari seluruh kelas saya tetapi tidak dapat menjumpainya. Saya berasa amat sedih.

Semasa kemahiran hidup , saya telah membuat lakaran dan memotong kayu - kayu yang lain. Nasib baik saya , saya mempunyai kayu yang boleh diubahsuai dan boleh guna. Saya telah menolong rakan saya yang bernama Ahmad Farhan untuk memaku kayunya..

Hari yang sama , pada permulaan sekolah saya dikehendaki menjaga stor penyapu. Semasa melaksanakan tugas saya , saya telah jatuh terkena paip. Cermin mata saya jatuh dan skrunya patah..

Friday, July 11, 2008

Teka-Teki

Cuba jawab teka-teki yang berikut:

Pada suatu hari, seekor tikus dengan seekor gajah menunggang motorsikal ke hutan . Tiba-tiba sebuah kereta telah melanggar motor tersebut.Gajah cedera parah tetapi tikus tidak cedera walaupun sedikit . Kenapa?
Jawapan perlu diberi kepada Logeswaran 2 gigih(ACS)....

Tuesday, July 1, 2008

Penukaran Kelas

Kenakalan pelajar 2 Gigih telah menyebabkan kelas 2 Gigih ditukar ke tingkat yang hampir dengan bilik guru. Jothi lebih suka di sini kerana rakan-rakan dia lebih hampir dengannya.
Pelajar - pelajar lain terutamanya pelajar cina .

Pada hari ini, iaitu 01/07/08 permulaan Jun yang agak bosan bukan kerana pelajaran tetapi ketidak hadiran Saillesh telah memberi peluang untuk Iskandar duduk bersebelahan saya. Saya hanya menjaga kelas 1 Jujur kerana pengawas percubaan telah mengambil alih tugas saya iaitu stor penyapu yang melebihi satu saya menjaga.

Thursday, June 26, 2008

26 / 06 / 08

Hari ini , saya telah hadir ke sekolah...

Saya berjalan kaki.. Saya mula berjalan pada pukul 12.25 dan sampai pada pukul 12.35.

Selepas itu , saya telah menjaga stor penyapu. Semasa hendak ke kelas , beberapa pelajar bermain lastik. Saya gagal mengesan makhluk yang telah membuat demikian tetapi pada waktu 6 iaitu semasa Moral salah seorang daripada mereka telah melastik. Pn Azizun naik angin dan menulis nama pelajar moral kecuali saya , Saillesh ,Charles dan Bala. Saya menghantar mereka ke bilik guru bersama surat yang ditulis oleh Pn Azizun..........

Mereka dikenakan denda. Sebelum itu, waktu 1 Pn Nurbaya memberi 10 markah penalti kepada pelajar yang tidak membaca Erti Kasih Makna Sayang.. Saya membaca cerpen tersebut...............

Friday, June 20, 2008

Gamez Installed On laptop( 20 Jun 08)

Today I've installed F1 , Need for speed 1,2,3 and 4, and i tried to install Carbon but got no graphic accelarator/cut..........................



I was penalised of being late to school............



Create this blog at night almost 11.30....................